Want your
own Fotopage?






 
Zaiton's FotoPage

By: zaiton yatim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Feb-2008 03:32 Email | Share | Bookmark
Koleksi Piring Hitam Lama(Our Old Record Collection)

Turntable(record player)
 
piring hitam
a unique transparent record
 
cover yg menarik
Bob Marley, 1981
Wings, London Town, 1978
Jean Michel Jarrre, 1976
Grand Funk, 1973
Grand Funk
John Lennon, 1974
Pink Floyd, 1974
KEMBARA, 1982
[KL agak lengang minggu lepas. Cuti tahun baru Cina dan cuti hujung minggu agak panjang jadi ramai yang mengambil peluang untuk bercuti dan ramai juga yg balik kampung.

Kita tidak kemana 2 cuma berjalan dan shopping sekitar KL je. Bukan senang nak tengok KL dan shopping2 complex lengang macam ni........tengok wayang pun tak payah beratur panjang......best tul. Citer Cina CJ 7, lakonan Stephen Chow memang best, sesuai untuk tontonan seisi keluarga(my son nangis..). Mempunyai message yg positive untuk anak2 (provided diorang boleh baca English subtititle!). Rambo 4 best gak tapi agak ganas dan 18+ only.

Balik pada gambar di atas. Ini ialah sebahagian dari koleksi suami semasa dia student
di UK dlm tahun 70an. Mula2 kitaorang tak kisah sangat, turntable pun tak de nak dengar. Tapi hari tu masa gi flea market di Amcorp Mall, PJ, terperanjat beruk!, depa dok jual dari harga RM$150 sekeping!

Balik rumah apa lagi, kita pun bawak mai keluar dari dalam kotak harta karun, kira punya kira ada lebih kurang 150 keping....! dan semua masih elok cuma ada dua tiga sampul yg rosak, maklumlah ada yg dah berumur 30 tahun lebih (tua dari ramai member fp!) Kita kaya......!(anak kami punya excited) Takde lah nak jual, sentimental value kan..... Kami pun beli satu turntable (record player) di Amcorp Mall. Sekarang ni slalu lah dok dengar.....Hotel California..The Eagles, Beatles.....Bee Gees....(old school lah katakan..!)

For your information, di Amcorp Mall banyak kedai2 yang menjual turntable dari berbagai jenama. Kalau ada member fp yg interested nak pegi tapi tak tahu tempat, kita boleh bagi direction, kontek je di fp.

Moral of the story: Jangan sebarangan buang barang2 lama, terutama di loteng atau bawah rumah emak atau nenek kita. Banyak diantara nya yang beharga. Kalau kita tak nak simpan ramai orang yang nak beli.

For your info: Barang lama yg berumur 40 tahun keatas di anggap barangan antik, dan beharga.
Insyaallah, di entry yg akan datang kita akan tunjukan camne caranya untuk menjadikan pinggan/piring lama sebagai deco di rumah....cari lah pinggan2 lama di umah nenek atau mentua......check it out....yo




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net